Entri utama Science Adventure (siri permainan video)

Garis masa pelancaran
2008Chaos;Head
2009
2010Chaos;Head Love Chu Chu!
2011
2012Robotics;Notes
2013Steins;Gate: Linear Bounded Phenogram
2014
2015Steins;Gate 0
2016
2017
2018
2019Robotics;Notes DaSH
2020
2021
2022Anonymous;Code

Siri Science Adventure terdiri daripada tujuh judul teras [14] [15] . [16] Adaptasi permainan bagi siri novel Occultic;Nine, dan Anonymous;Code asalnya telah dirujuk tajuk kerjanya sebagai sebahagian daripada siri Science Visual Novel , yang pada asalnya diumumkan sebagai berasingan daripada Science Adventure, tetapi sejak itu telah dimasukkan ke dalam siri ini. [17] [18] Occultic;Nine telah dirancang untuk dikemas kini dengan kandungan cerita baharu yang mengikatnya lebih rapat dengan Science Adventure. [19] [20] Beberapa permainan telah menerima edisi kemaskini dengan kandungan tambahan, [7] dan terdapat kompilasi yang mengumpulkan beberapa permainan, seperti Chaos;Head Dual (kompilasi kedua-dua permainan Chaos;Head) [21] dan Steins;Gate: Divergencies Assort (kompilasi daripada Steins ;Gate 0, Darling of Loving Vows, dan Linear Bounded Phenogram ). [22]

Entri utama adalah seperti berikut:

  • Chaos;Head adalah entri pertama dalam siri ini. Pada asalnya ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows pada tahun 2008; [1] manakala versi lengkapnya, Chaos;Head Noah, dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2009, [23] dan kemudiannya dialih pasarkan ke PlayStation Portable, [24] iOS, [25] Android, [26] PlayStation 3, [27] dan PlayStation Vita . [21] Permainan ini mengisarkan Takumi, seorang otaku yang suka berkurung mula mengalami delusi selepas menyaksikan pembunuhan, dan disyaki oleh polis berkait dengan siri pembunuhan "New Generation Madness". [7] [28]
  • Steins;Gate adalah entri kedua dalam siri ini. Ia pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2009, dan kemudiannya dialih pasarkan ke Microsoft Windows, [29] PlayStation Portable, [30] iOS, [31] PlayStation 3, [32] PlayStation Vita, [33] dan PlayStation 4 . [34] Versi yang dikemas kini, Steins;Gate Elite, telah dikeluarkan untuk platform PlayStation 4, PlayStation Vita dan Nintendo Switch pada 2018, dan kemudiannya dipasarkan ke Microsoft Windows dan iOS. [6] [35] [36] Permainan ini mengisarkan Okabe, yang secara tidak sengaja menghasilkan kembara masa; dia dan rakannya menggunakan cara ini untuk menghantar e-mel ke masa lalu, yang mengubah masa kini. [7]
  • Robotics;Notes adalah entri utama ketiga dalam siri ini. Ia pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox 360 dan PlayStation 3 pada tahun 2012; [37] [38] versi terkini, Robotics;Notes Elite, telah dikeluarkan pada 2014 untuk PlayStation Vita dan kemudiannya dialih pasarkan ke PlayStation 4 dan Nintendo Switch. [39] Permainan ini mengisarkan Kaito dan sekumpulan ahli kelab robotik sekolah tinggi yang cuba membina robot gergasi yang realistik. [7] Sementara itu, Kaito mula membongkar konspirasi yang boleh mengancam jutaan nyawa.
  • Occultic;Nine adalah entri utama keempat dalam siri ini. Tidak seperti entri utama yang lain, pada asalnya ia adalah siri novel ringan. Jilid pertama diterbitkan pada Ogos 2014. Ia telah disesuaikan menjadi novel visual dan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation Vita, dan Xbox One pada 2017, [40] versi yang lebih baik telah dirancang, tetapi akhirnya dibatalkan. [41] [42] Kisah ini mengisarkan Yuta Gamon, yang mengendalikan blog perihal alam ghaib, Kirikiri Basara. [20]
  • Chaos;Child adalah entri utama kelima dalam siri ini. Ia pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox One pada Disember 2014, [43] dan kemudiannya dipindah pasarkan ke PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation Vita, [44] Microsoft Windows, [45] iOS, dan Android. [46] [47] Ia adalah sekuel tematik kepada Chaos;Head, [43] dan mengisarkan Takuru, yang menyedari bahawa dua pembunuhan terkini waktu itu berlaku pada tarikh yang sama dengan pembunuhan bersiri dalam Chaos;Head, dan mengetahui bahawa dia dan beberapa rakannya berpotensi menjadi sasaran. [7]
  • Anonymous;Code adalah entri utama keenam dalam siri ini. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4 da Nintendo Switch pada Julai 2022. [48] [49] [16] [50] Permainan ini mengisarkan tentang penggodam muda bernama Pollon Takaoka, yang mempunyai kebolehan istimewa "simpan dan muat".
  • Steins;??? (nama tertakluk kepada perubahan) dirancang untuk menjadi entri utama ketujuh dalam siri ini. Ia akan menjadi sekuel tematik, yang diperkatakan oleh Mages khusus kepada Steins;Gate sebagaimana Chaos;Child adalah sekuel tematik Chaos;Head . [16] [51]

Rujukan

WikiPedia: Science Adventure (siri permainan video) http://andriasang.com/comt1h/robotics_notes_teaser... http://andriasang.com/comtug/5pb_ps3_titles/ http://andriasang.com/comwn0/steins_gate_shipment/ http://andriasang.com/con1ik/robotics_notes_orders... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2012-03-3... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-04-09/st... http://www.animenewsnetwork.com/news/2014-05-27/ch... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-12-10/st... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-01/ch... http://www.animenewsnetwork.com/news/2017-09-18/ch...